Pages

Tuesday 18 October 2011

Kucing tidak batalkan sembahyang






Setiap kali bersembahyang, kucing saya mesti duduk di atas sejadah atau di depan saya. Walaupun berkali-kali dikeluarkan, dia tetap masuk dan duduk di hujung sejadah. Saya kerap berdoa supaya dia tidak mengganggu saya bersembahyang dan dalam hati saya berniat bahawa saya tidak menyembahnya (kerana kucing itu duduk di depan sejadah). Ini menimbulkan kebimbangan dan rasa was-was, bimbang solat saya tidak diterima Allah.
Apa pandangan Datuk mengenai hal ini?

Jawapan

Kucing bukan najis dan tidak membatalkan solat jika duduk di hujung sejadah, kecuali jika dia membawa najis bersamanya. Bagaimanapun, kehadirannya mungkin mengganggu khusyuk dan konsentrasi. Niat mesti betul bahawa tuan menyembah Tuhan dan bukan apa-apa objek di depan tuan.
Cuba dikurung sekejap kucing di bilik bila tuan hendak menunaikan solat atau solat di dalam bilik tertutup supaya kucing tidak mengganggu kekhusyukan. Khusyuk adalah inti pati solat.

2 comments:

Kartini said...

heee. nasib baik bukan najis. mesti kucing tu sedih kalau dia "najis" sobs

PastiSyok! said...

dia bukan najis...tp kalu dia membawa najis baru xleh