Pages

Thursday 13 October 2011

RED WARRIOR vs TERENGGANU 5 KAD MERAH , apa puncanya??




"TAK boleh nak salahkan pengadil semata-mata. Perlawanan itu sendiri sebenarnya yang tidak membantu pengadil berkenaan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik."

Demikian firasat bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh ketika diminta mengulas tindakan pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab melayangkan lima kad merah ketika Terengganu bertemu Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, Isnin lalu.


Menurut Subkhiddin, 45, bukan Nafeez sebenarnya yang beremosi, sebaliknya pemain serta penyokong kedua-dua pasukan yang lebih emosi sepanjang pertembungan ‘panas’ dua musuh Pantai Timur itu.


“Pengadil menghukum pemain bukan kerana dia marah, tetapi pemain itu sendiri yang melakukan kekasaran. Bagi saya, kad merah kepada Daudsu Jamaluddin dan Shakir Shaari memang wajar jika dilihat tindakan mereka.


“Rakan-rakan mereka yang lain juga tidak banyak membantu apabila menghangatkan lagi situasi tegang. Begitu juga dengan penyokong. Kalau nak kata pengadil emosi, pemain dan penyokong lebih emosi,” kata Subkhiddin ketika dihubungi, semalam.

No comments: