Pages

Monday 31 October 2011

Kawe Stress


Salam semua pembaca blog pastisyok! 

Hari ni kawe rasa sangat la stress....Tuhan sahaja yang tahu, kawe sendiri pon xtahu knapa...huhu, kalau nak fikir masalah memang xkan habis...sebab semua masalah bukan nya dari kawe sendiri...kita sebagai umat manusia di muka bumi ni xkan tahu sampai bila kita dapat hirup udara..menikmati suasana alam yang di ciptakan NYA...Subhanallah...amat agung ciptaan NYA...harap Allah kuatkan hati kawe dan teguhkan hati kawe hanya pada NYA..kawe hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar dikuatkan iman untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan, harap permudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat, selagi nyawa dikandung badan, moga Allah bukakanlah pintu rezeki kawe dan seluruh keluarga kawe serta sahabat2 kawe...sesungguhnya kita hanya mampu berserah pada yang SATU...setiap dugaan ada sebab dan musababnya...Allah ciptakan sesuatu mesti mengikut kemampuan umatNYA...

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
amin



Sunday 30 October 2011

Busy...blog tetap blog....

Salam semua......


Terima kasih kepada pembaca2 entry blog kawe ni....pejam celik pejam celik...dah nak abis bulan 10 ni ek....skit lagi nak masuk 2012 plak....begitu pantas masa berlalu...boleh dikatakan tahun 2011 ni agak busy la bagi kawe, tp dalam tahun ni la kawe mula berjinak jinak dengan blog ni..heheh...walaupon bz tahap gaban, kawe tetap akan bukak blog2 kawe dan baca entry2 blogger lain...hari ni agak bz jugak, sebab ada lawatan dari Thailand ke Office kawe....huhu, kena la prepare sedikit sebanyak....macam biasa la, kawe ni penyibuk skit..oppss..yeke? kawe raso kawe keno buat sibuk sebab meme tugas kawe pom...anyway itu satu tugas yang perlu di lakukan...apa2 event pon, kawe la jong kalut sebab opis kawe ni kawe sore jah pekerja....(hehe....sindir ni,,bukan betol) ....hahaha! ok la...kawe nok sambung buat kijo....ok bai! 
Bangunan Office sukimi di Kota Bharu













Saturday 29 October 2011

BEN ASHAARI

Salam semua warga blogger.....


Mesti korang pelik ngan tajuk entry kali ni kan? tiba-tiba je ada nama BEN ASHAARI ni....kalau bagi yang dah lama berkecimpung dalam bidang blogging ni...mesti dah tahu saper mamat hensem ni...dah la ensem tough plak tu...hehe, kalau korang nak tahu sape dia...follow la blog dia sini http://www.benashaari.com/, last week aku cukup bangga la la sebab blog aku dah di jelajahi oleh saudara hensem kita ni...tp bukan blog ni la, tp blog aku yang satu lagi iaitu...jeng..jeng... ni ha blog nyer --> BLOG KEMBAR MALAYSIA siap follow blog aku lagi....kau ada? xda kan...hehe..
ni ha...buktinya...


Untuk tatapan korang...ni dia orang punya citer entry kali ni....tada.....kan macho tu




k bai...




Thursday 27 October 2011

Remaja dan kebebasan






KEBEBASAN adalah suatu konsep yang diimpikan oleh setiap manusia. Kebebasan adalah cara hidup yang sedang dicari oleh remaja. Kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku selalunya menjadi idaman setiap remaja.
Namun, kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri.
Memang fitrah kejadian manusia sukakan kebebasan. Jika boleh, bebas seperti burung yang terbang ke sana ke mari tanpa halangan. Jiwa bebas sentiasa menjadi naluri manusia dan remaja.
Dalam Islam kebebasan dipandu oleh pedoman. Pedoman daripada al-Quran menggariskan kebebasan berasaskan syariat. Syariat mengaturkan makna kebebasan iaitu boleh dan tidak boleh.
Apabila remaja mengetahui sempadan kebebasan, maka kehidupan menjadi teratur dan tertib, tetapi kebebasan yang tidak ada batasan boleh menyebabkan tingkah laku remaja melampaui batas.
Kebebasan menuntut ilmu bagi remaja adalah terbuka luas. Bagi remaja Islam, sebelum mempelajari ilmu-ilmu dari tamadun lain, ia harus terlebih dahulu memahami ilmu-ilmu Islam terutama dalam bidang akidah, ibadah, syariah dan akhlak.
Menguasai ilmu-ilmu asas ini adalah penting bagi remaja kerana ilmu-ilmu Barat dan Timur dapat difahami dengan pedoman agama. Bayangkan kalau para remaja arif tentang ilmu Barat dan kerdil memahami ilmu-ilmu Islam, ia menyebabkan jalan berfikir yang tidak seimbang.
Tidak salah para remaja mempelajari ilmu Barat dan Timur dalam segala bidang, tetapi kefahaman ilmu-ilmu Islam boleh menjadi pedoman yang terbaik bagi remaja supaya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang merosakkan.
Begitu juga dalam pergaulan. Para remaja Islam tidak boleh bergaul secara lepas bebas. Kadangkala berlaku pergaulan yang melanggar batasan syarak.
Ia menyebabkan para remaja terjebak dengan perlakuan zina, menyalahgunakan dadah dan hidup berpoya-poya. Pergaulan sesama remaja perlu ada batasnya. Dengan adanya batasan dapat mencegah remaja melakukan kemungkaran. Itulah maksud syariat dalam pergaulan.
Oleh kerana remaja mempunyai nafsu, kadang-kadang nafsu tidak boleh dikawal. Ia menyebabkan remaja terdedah dengan dosa. Tetapi dengan kawalan dan pedoman, para remaja dapat hidup dengan terkawal dan tertib. Ia amat perlu bagi remaja supaya potensi dirinya tidak dirosakkan oleh keadaan dan suasana.
Kebebasan memberi makna yang sangat berharga bagi remaja tetapi kebebasan yang disalahgunakan boleh membawa kerosakan terhadap potensi remaja.
Remaja bakal menjadi ibu dan bapa yang memiliki amanah sebagai sumber contoh untuk membentuk anak-anak. sekiranya zaman remaja lagi kawalan diri tidak berlaku, amalan mungkar menjadi kelaziman pada remaja, tidak mungkin bila berumah tangga nanti tabiat itu tidak diwarisi.
Remaja juga bakal menjadi ahli ilmu dan pemikir. Ilmu yang diperolehi dan fikiran yang berkembang mestilah mempunyai etika dan nilai. Ilmu yang beretika dan pemikiran yang berasaskan nilai bakat membentuk manusia yang dewasa dan matang.
Remaja juga bakal menjadi pemimpin. Pemimpin yang baik adalah yang tangkas dan cergas dan yang paling penting pemimpin contoh yang menjadi contoh sumber ikutan.
Watak seperti ini hanya berlaku sekiranya para remaja dapat membangunkan potensi diri dengan memahami batas boleh dan tidak boleh dan batas dosa dan pahala.
Oleh itu, amat penting bagi remaja memiliki watak yang stabil supaya para remaja memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.
Hidup remaja di zaman globalisasi amat terdedah dengan pelbagai pengaruh. Pengaruh siber umpamanya menjadi suatu kegemaran yang amat diminati remaja.




Tuesday 25 October 2011

Pelancong Melacur Di Malaysia





KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu membuat tinjauan dan kajian bagi menangani masalah pelacuran yang berlaku hasil kedatangan pelancong asing ke Malaysia, khususnya dari China.
Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit, berkata pihaknya menyedari masalah sosial dihadapi negara berikutan terdapat pelancong asing yang menyalah guna kedatangan mereka ke sini untuk menjadi pelacur.

“Disebabkan isu pelacuran ini bukan tanggungjawab kementerian ini, maka kementerian bertanggungjawab seperti Kementerian (Pembangunan) Wanita (Keluarga dan Masyarakat) perlu membuat tinjauan dan kajian mengenai perkara ini, sama ada ia berlaku dengan meluas atau kerap hingga boleh mengganggu keamanan negara,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, semalam.

Ibrahim ingin mendapat penjelasan mengenai kemasukan pelancong China ke Malaysia yang dilapor menunjukkan peningkatan, namun dalam masa sama, menyumbang kepada masalah sosial dalam negara.

Mengulas lanjut, James yang juga Ahli Parlimen Mambong berkata, kedatangan pelancong dari China meningkat setiap tahun, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.

Beliau berkata, sehingga Jun lalu, 564,955 pelancong China berkunjung ke Malaysia berbanding hanya 516,160 orang pada tempoh sama tahun lalu. 
Menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berhubung langkah yang sudah dan bakal diambil bagi mempertingkat hubungan pelancongan antara rakyat negara ini dan China, Dr James berkata, pihaknya melaksana pelbagai cara.

Katanya, ini termasuk menerusi seminar pelancongan, program pertukaran lawatan media dan menarik agensi pelancongan China menjadi wakil program Malaysia Rumah Keduaku.




Bumi Kita Hadapi MASALAH





Bumi kini hadapi masalah penduduk, suhu 

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk dunia akan mencecah 15 bilion orang menjelang akhir abad ini, menyebabkan tekanan berat kepada sumber planet Bumi, kecuali tindakan segera diambil untuk mengawal kadar pertumbuhan.

Perangkaan itu berkemungkinan mengejutkan ramai pakar kerana ia jauh lebih tinggi berbanding yang dianggarkan.
Terdahulu, PBB menganggarkan dunia akan memiliki 10 bilion penduduk menjelang akhir abad ini, manakala ketika ini hampir tujuh bilion orang menghuni dunia. 

Perangkaan baru itu dinyatakan dalam kajian oleh Dana Kependudukan PBB (UNFPA) yang akan disiarkan minggu ini. Laporan bertajuk ‘Kedudukan Penduduk Dunia 2011,’ dihimpun untuk menandakan bahawa di mana-mana saja di muka Bumi, bayi yang dilahirkan akan menjadikan penduduk dunia melebihi tujuh bilion. 

Sebahagian pakar memberi reaksi terkejut dengan perangkaan itu. Pengerusi Population Matters, Roger Martin, yang berkempen untuk mengawal penduduk, berkata Bumi memasuki fasa baru yang bahaya. 

“Planet kita menghadapi masalah dari semua aspek termasuki pertumbuhan penduduk dan perubahan suhu. Planet sebenarnya tidak menampung tujuh bilion penduduk,” katanya. 
Bumi mempunyai dua kali ganda penduduk sejak tahun 1960-an, disebabkan kadar kelahiran tinggi di Afrika, Asia dan Amerika Latin. 

Sebahagian lagi masih ragu-ragu dengan fakta bahawa penduduk dunia akan mencecah 15 bilion dengan kadar segera. Penulis Population Bomb, Profesor Jack Goldstone, dari Universiti George Mason, berkata beliau yakin pemimpin dunia akan mengambil tindakan tertentu untuk memastikan penduduk dunia dapat dikurangkan. 

“Cara mengurangkan bilangan kanak-kanak dalam keluarga tersebar ke seluruh dunia,” katanya sambil menambah 10 hingga 12 bilion penduduk menjelang 2100. 

Ramai pakar dasar percaya kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai cara mengehad dan mengawal penduduk dunia. Kunci utama, kata mereka ialah memastikan perancangan keluarga yang berkesan disampaikan ke seluruh negara membangun. 

“Apa yang amat kritikal ialah komitmen kerajaan. Perancangan keluarga sebenarnya tidak mahal,” kata Naib Presiden Majlis Kependudukan beribu pejabat di New York, John Bongaarts. 

Bagaimanapun, aktivis isu perancangan keluarga berdepan faktor budaya dan agama yang menjadikan usaha mendidik wanita dan mengurangkan saiz keluarga sukar






Monday 24 October 2011

Stadium Baru Berserta Masjid Di Kelantan




KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh pada awal Mac tahun depan dengan konsep unik stadium bersama masjid.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, jawatankuasa induk dalam projek pembinaan kompleks sukan dan stadium itu akan melantik pemaju terpilih pada akhir Disember ini.
”Pada awal Mac tahun depan, kerja-kerja awal akan dimulakan di tanah milik kerajaan negeri bagi mengelakkan kos pengambilalihan tanah. Sebahagian projek itu untuk kompleks sukan manakala sebahagian lagi untuk tujuan komersial bagi menampung kos pembinaan stadium baru ini.
”Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan 49.2 hektar tanah di Bukit Merbau yang reka bentuknya hasil ilham Menteri Besar sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaqi Atiqulah (Pas-Pasir Tumboh) yang mengemukakan soalan tarikh fasa pertama stadium baru dimulakan.
Husam berkata, konsep stadium bersama dengan masjid itu menjadi pilihan bagi penyatuan sukan dan agama supaya seiring.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengumumkan pembinaan stadium tersebut berkata, cadangan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.


XPDC Gunung Stong Part 1

Salam semua......pertama skali terima kasih kepada pembaca blog aku ni yer....entry kali ni aku nak post kan gambar2 trip aku ke gunung stong.....xpdc ni boleh dikatakan agak mencabar jugak la...hehe...kalau tak silap awal tahun lepas aku pegi....terdiri daripada lebih dari 20 orang peserta.. selama 3 hari 2 malam.. xpdc untuk menawan puncak gunung mengambil masa 2 jam perjalanan naik dan 1 jam perjalanan turun...laluan yang agak licin ditambah dengan hujan lebat sepanjang pendakian kami....
Perjalanan menuju ke kaki gunung



Peserta terdiri daripada pelajar2 dari ASTONIAN dan aku sebagai fasilitator diorang jer...di sana terdapat pelbagai xtvt...nnt tgk gambar seterusnya...

Zoom In ++
Pondok rehat, tempat rehat sebelom pendakian



Pemandangan dari bawah, puncak gunung stong



Sebelom pendakian bermula, peserta akan diberikan penerangan dan khidmat nasihat oleh kami sebagai fasilitator...


Sesi taklimat oleh fasilitator 


Di pertengahan pendakian, terdapat satu lagi pondok rehat...kami berhenti berehat dan berteduh dari hujan....sejuk woooo....



Fasilitator2 


Lebih kurang 2 jam perjalanan mendaki gunung...akhirnya kami sampai ke post terakhir....jeng..jeng...jeng

Senyum kepenatan dan gembira

Merentasi sungai yang sangat mencabar......



Air terjun yang berdekatan dengan sungai yang kami rentasi ....

Air terjun 

Tapak perkhemahan telah disediakan oleh pihak renjer ...


Banyak lagi aktiviti2 yang kami lakukan.....nak lagi gambar2 xpdc kami...nanti pada entry Part 2 plak....ada kejer nak buat....hehe...ok bai




Sunday 23 October 2011

Video Kreatif




Lagu bruno mars di jadikan dari mulut sendiri tanpa sebarang alat muzik

Kenaikan Gaji bagi Skim Saraan Baru Perkhidamatan Awam (SBPA)






Salam semua.....bagi penjawat awam berikut adalah jadual kenaikan gaji korang.....best kan....so korang dinasihatkan kerja la rajin2 yer...jgn curi tulang dan buat kerja sambil lewa jer...sebab ramai yang aky dgr komen2/ komplen2 mengenai mutu perkhidmatan perjawat awam ni...anyway, korang memang patut dapat la...

Thursday 20 October 2011

[18SX] Best tak video ni??




Best tak video ni?? kalu korang nak tahu video ni telah di tonton oleh orang ramai hampir lebih 3 juta orang..
Kalu nak di ikutkan, video ni xda la best sgt, tp disebabkan thumnail dia nampak 18SX, so ramai la orang kena tipu....hehe


MoU

Salam semua....



Yang dah siap, buku tamu dan buku aturcara



Meja yang berselerak...


Info Majlis yang aku duk kalut ni ialah:

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara SUKIMI (M)SDN.BHD, MIRU ENTERPRISE SDN.BHD dan UniMAP...
Berlangsung pada 22 oktober 2011(sabtu)
Bertempat di dewan utama Bangunan Sukimi
Tetamu :

1. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda
2. Pengerusi MIRU ENTERPRISE
3. Naib Canselor UniMAP
4. Pengarah-pengarah Jabatan Kerajaan Kelantan

Buku Aturcara







Wednesday 19 October 2011

Bunuh Diri Di HONGKONG



KAHKAHAHAHAHAHAHA!

Wordless Wednesday #02

Pulau Perhentian at MIRA Beach Resort


Tuesday 18 October 2011

Akad Nikah Paling Lawak






Video kanak-kanak di rempuh

Hukum Bersanding





Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
  1. Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
  2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
    i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
    ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
    iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'

Kucing tidak batalkan sembahyang






Setiap kali bersembahyang, kucing saya mesti duduk di atas sejadah atau di depan saya. Walaupun berkali-kali dikeluarkan, dia tetap masuk dan duduk di hujung sejadah. Saya kerap berdoa supaya dia tidak mengganggu saya bersembahyang dan dalam hati saya berniat bahawa saya tidak menyembahnya (kerana kucing itu duduk di depan sejadah). Ini menimbulkan kebimbangan dan rasa was-was, bimbang solat saya tidak diterima Allah.
Apa pandangan Datuk mengenai hal ini?

Jawapan

Kucing bukan najis dan tidak membatalkan solat jika duduk di hujung sejadah, kecuali jika dia membawa najis bersamanya. Bagaimanapun, kehadirannya mungkin mengganggu khusyuk dan konsentrasi. Niat mesti betul bahawa tuan menyembah Tuhan dan bukan apa-apa objek di depan tuan.
Cuba dikurung sekejap kucing di bilik bila tuan hendak menunaikan solat atau solat di dalam bilik tertutup supaya kucing tidak mengganggu kekhusyukan. Khusyuk adalah inti pati solat.

Terlupa atau was-was menunaikan nazar




Bagimanakah keadaanya jika kita tidak pasti atau terlupa (was-was) samaada nazar yang kita buat sudah di tunaikan atau belum?
Jawapan :

Menunaikan nazar adalah wajib selagi nasar tersebut tidak bertentangan dengan kehendak syarak. Jika kita terlupa menunaikan nazar yang pernah kita niatkan maka hendaklah mengerjakannya secepat yang mungkin setelah kita mengingatinya. Namun jika kita merasa ragu-ragu dan was-was tentang sesuatu yang kita nazarkan tersebut samada telah ditunaikan atau belum, adalah lebih baik anda memohon petunjuk daripada Allah dengan cara mengerjakan solat Istikharah. Ataupun lebih baik menunaikan nazar tersebut dengan demikian menenangkan fikiran anda. Jika pada hakikatnya anda telah menunaikan nazar tersebut maka menunaikannya sekali lagi lantara terlupa dan demi menghindarkan diri diri daripada dosa adalah lebih baik disamping memperoleh pahala kerana telah menunaikan nazar juga pahala menghindari was-was atau pelupa.

Soalan Berkenaan Haji




Seseorang membayar hutang melalui pendapatan bulanan secara beransur-ansur. Dia telah mempunyai perbelanjaan yang cukup baginya untuk menunaikan fardhu haji. Adakah dia wajib mengerjakan haji sedangkan hutangnya masih berbaki hingga dia selesai menunaikan haji?


Jawapan :


Orang itu wajib mengerjakan haji sekiranya jumlah perbelanjaan /harta (selain daripada harta yang menjadi keperluan asasi) yang terkumpul pada satu-satu musim haji telah mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan farhu haji termasuk perbelanjaan orang dalam tanggungannya yang ditinggalkan sementara hutangnya dibayar beransur-ansur seperti yang telah dipersetujui di antaranya dan pihak yang dihutanginya.

Read more: http://pastisyok.blogspot.com/p/q-agama.html#ixzz1b7Duq2Us

WINDOWS 8






We know it isnt totally fair to bad mouth something before we even try it out. But there is enough information out there to make initial conclusion. We have to be fair and so, here’s what we think might work against Microsoft’s push for the window 8.


Design Could Be Better
  • Judging form what’s been seen, Windows 8 looks somewhat like fancy slideshow. Its,nice, but it will work? It might overwhelm and not make sense – relearning would be needed. Some Watchers have even gone as far as to callit a ‘stir-fry’ jumble and clutter of random ideas. After all, not everybody likes the window phone 7 interface.
Missing Desktop
  • The desktop its buried somewhere. People are used to the desktop – these should be a user option.
Open Application Might Be Hard To See
  • It might to troublesome to find out whats apps you have opened since everything taken up with fancy interface.
Pity The Developer
  • The Developers will have the hard time sorting out how to port over and make new apps for both ARM and x86 processors. The artistic and fashionable bits will definitely require rework of their program.
Time To Get New Software
  • Will we need to buy to buy our software application again? Its not clear yet – on the x86 platform so far it seems that you will be able to run your old application. But like any new upgrade , there’s a chance that some won’t run as they should.
I Dont Like Peole Touching My Laptop Screen
  • Well, to really experience what windows 8 offers, you will need a touchscreen device. Im sure that we wont like smudges for other people on it. Its icky, Reaching out just touching a desktop in that faashion its just weird, at least from now.



SAMSUNG GALAXY Note







Connectivity
  • Galaxy Notes supports 3.5G and depending on region and model, quad-band GSM or 4G LTE . Of Course there’s bluetooth 3.0 and WIFI.
Display
  • The display might be the clincher though : its a 5.3-inch HD. Super Amoled display with 1,280 x 800 pixel. That sweet.
Operating System
  • For something being marketed  as more like slate or tablet, the galaxy note oddly runs Google’s Android 2.3 Gingerbread like the pld school 7 Inch Samsung Galaxy Tab.
Camera
  • The main camera is an 8 megapixel variant with an LED flash and 2 megapixel video call camera.
Processor
  • Galaxy Note is powered by a 1.4 GHz dual-core processor which is the trend these day and should be more than enough to make things run along smoothly.

Memory
  • The Samsung Galaxy Note has builnt in 16gGB of memory real estate plus a microSD slot which supports up to 32GB.
Form Factor
  • Samsung has opted to go for an out of the norm tablet form factor, previously attempted by Dell Streak. Its basically a 5-inch tablet, measuring at 146.85 x 82.95 x 9.65 mm. Samsung obviously trying to see if it can manage better. However unlike the Streak, it support an ‘S Pen’ advance smart pen multitouch input.
Battery
The Galaxy Note has a whopping standard Lithium-Ion battery rated at 2,500 mAh.


SHORTCUT MUDAH PADA KOMPUTER ANDA







Di sini kami ada sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba! www.familiazam.com
Shut down
Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4

Memilih File
Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file
www.familiazam.com
Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z

Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.
www.familiazam.com
Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc. 
www.familiazam.com
Menaip URL pada Address Bar
Jika anda menggunakan Internet Exploreratau Mozila Firefox. Anda tidak perlu menaip "http://www.familiazam.com" di adress bar, sebaliknya anda hanya perlu taip "familiazam" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com
- Shift+Enter: Untuk alamat .net
- Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org
www.familiazam.com
Mencetak dari web
Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik
www.familiazam.com
Membuka satu tetingkap IE baru
Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.
www.familiazam.com
Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.
www.familiazam.com
Hentikan Fungsi Autoplay
Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.

Pintasan ke tapak web baru
Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin menggunakan kekunci L selain kekunci O.
www.familiazam.com
Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.
www.familiazam.com
Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.
www.familiazam.com
Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.
www.familiazam.com
Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Pintasan mudah
-Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
Tekan kekunci Windows dan :
E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
R -membuka kotak Run
F -membuka kotak Find
F1- melancarkan help 
www.familiazam.com
M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)


12 Tips mengatasi STRESS



APA ITU STRESS??




Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.




1.Uruskan Masa Dengan Efektif


Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.


2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol


Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.


3. Rehat Seketika


Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.


4. Kurangkan Gangguan


Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.


5. Makan Makanan yang menyihatkan


Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.


6. Lakukan Meditasi




Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.


7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan


Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.


8. Dapatkan Nasihat


Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.


9. Belajar Katakan 'TIDAK'




Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.


10. Dapatkan Tidur yang Cukup


Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.


11. Lakukan Senaman


Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.


12. Menarik Nafas Dalam-dalam


Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.




Di harap tips2 ni dapat menyelesaikan masalah stress anda....selamat mencuba!