Pages

Q&A

Soalan Berkenaan Haji


Seseorang membayar hutang melalui pendapatan bulanan secara beransur-ansur. Dia telah mempunyai perbelanjaan yang cukup baginya untuk menunaikan fardhu haji. Adakah dia wajib mengerjakan haji sedangkan hutangnya masih berbaki hingga dia selesai menunaikan haji?


Jawapan :


Orang itu wajib mengerjakan haji sekiranya jumlah perbelanjaan /harta (selain daripada harta yang menjadi keperluan asasi) yang terkumpul pada satu-satu musim haji telah mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan farhu haji termasuk perbelanjaan orang dalam tanggungannya yang ditinggalkan sementara hutangnya dibayar beransur-ansur seperti yang telah dipersetujui di antaranya dan pihak yang dihutanginya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------


Terlupa atau was-was menunaikan nazar



Bagimanakah keadaanya jika kita tidak pasti atau terlupa (was-was) samaada nazar yang kita buat sudah di tunaikan atau belum?

Jawapan :

Menunaikan nazar adalah wajib selagi nasar tersebut tidak bertentangan dengan kehendak syarak. Jika kita terlupa menunaikan nazar yang pernah kita niatkan maka hendaklah mengerjakannya secepat yang mungkin setelah kita mengingatinya. Namun jika kita merasa ragu-ragu dan was-was tentang sesuatu yang kita nazarkan tersebut samada telah ditunaikan atau belum, adalah lebih baik anda memohon petunjuk daripada Allah dengan cara mengerjakan solat Istikharah. Ataupun lebih baik menunaikan nazar tersebut dengan demikian menenangkan fikiran anda. Jika pada hakikatnya anda telah menunaikan nazar tersebut maka menunaikannya sekali lagi lantara terlupa dan demi menghindarkan diri diri daripada dosa adalah lebih baik disamping memperoleh pahala kerana telah menunaikan nazar juga pahala menghindari was-was atau pelupa.


-------------------------------------------------------------------------------------

Kucing tidak batalkan sembahyang



Setiap kali bersembahyang, kucing saya mesti duduk di atas sejadah atau di depan saya. Walaupun berkali-kali dikeluarkan, dia tetap masuk dan duduk di hujung sejadah. Saya kerap berdoa supaya dia tidak mengganggu saya bersembahyang dan dalam hati saya berniat bahawa saya tidak menyembahnya (kerana kucing itu duduk di depan sejadah). Ini menimbulkan kebimbangan dan rasa was-was, bimbang solat saya tidak diterima Allah.
Apa pandangan Datuk mengenai hal ini?

Jawapan

Kucing bukan najis dan tidak membatalkan solat jika duduk di hujung sejadah, kecuali jika dia membawa najis bersamanya. Bagaimanapun, kehadirannya mungkin mengganggu khusyuk dan konsentrasi. Niat mesti betul bahawa tuan menyembah Tuhan dan bukan apa-apa objek di depan tuan.
Cuba dikurung sekejap kucing di bilik bila tuan hendak menunaikan solat atau solat di dalam bilik tertutup supaya kucing tidak mengganggu kekhusyukan. Khusyuk adalah inti pati solat.
-----------------------------------------------------------------------------------------


Hukum Bersanding



Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
  1. Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
  2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
    i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
    ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
    iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'.