Pages

Thursday 19 January 2012

Tahun Baru Misi Baru

Assalamualaikum wbt...


Lately aku sangat la bz dan sangat la malas utk update blog ni...tp aku memandangkan dah lama tak update hari ni aku nak citer la skit pasal tahun baru ni....masih baru lagi ok....sbb masih dalam bulan januari ni....kalau nak di ikutkan tiap2 tahun aku ada azam tahun baru...misi baru....bukan nurse baru ok...mision baru...aku malas nak buat ayat ni , so aku bagi list je azam tahun baru dan azam yang dah setel tahun lepas...(ada ke yang dah setel?)


Azam tahun 2012

  1. Kuatkan iman..( ceh...mcm bagus je ...)
  2. Sentiasa berfikiran positif ..
  3. Besarkan anak2 kembar aku dengan penuh kasih sayang ( bapa mithali ni...)
  4. Dapatkan kerja yang lebih bagus ( kalau boleh kerja gomen )
  5. Tolong dapat tukarkan isteri ke semenanjung....( kalau dapat kt kelantan lagi best )
  6. Tukar kereta ( hahaha.....kalau xleh, beli motor baru pon jadi la...)
  7. Macam-macam lagi la....banyak beb!

Azam Tahun 2011 yang dah setel???

T   I   A   D    A                HAHAHA!

OK BAI!



Sunday 15 January 2012

Semakan Keputusan Penerima Bantuan BR1M

Untuk mereka yang telah membuat permohonan bantuan BR1M dengan menghantar borang sebelum ini, bolehlah menyemak keputusan permohonan mereka mulai esok iaitu 15 Januari 2012. Bagaimanapun keputusan permohonan ini akan diberitahu melalui pos secara berperingkat.



Jadi kena tunggulah dapat surat dari posmen nanti. Dalam surat itu juga akan diberitahu tempat dan masa untuk ambil baucer tunai RM500 yang memang diberi kepada pemohon yang layak. Isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000 layak memohon sebelum ini.
Selain itu, pemohon boleh menghubungi talian 1-800-222-500 /             1-300-88-3010       mulai 16 Januari dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang hari bekerja untuk mendapat keputusan permohonan. Untuk pengambilan baucer pula akan diberi melalui bank2 seperti BSN, Maybank dan CIMB.
Jangan lupa untuk menunaikan baucer RM500 tu terus kerana tempoh sah laku baucer tersebut adalah sehingga 15 April 2012 sahaja. Lepas tu dah tak boleh dah........


Sunday 1 January 2012

Pertandingan FUTSAL Kumpulan Sukimi

Salam tahun baru 2012   kepada semua pembaca blog pastisyok!!!
Diharap tahun 2011 membawa seribu makna dan tahun 2012 bakal menjadi kenangan yang amat bermakna untuk kita semua...


Acara penutup 2011 telah meninggalkan detik gembira kepada warga staf kumpulan sukimi iaitu 31/12/2011 dengan acara pertandingan futsal dan juga hari keluarga ....sambutan dan kerjasama dari semua staf dan ahli keluarga amatlah luar jangkaan....seronok sangat2 bermain...otot-otot yang dah lama tidak bersukan kembali longgar dan kejang...hahaha....


Rezeki datang awal utk saya apabila memenangi beberapa acara, kumpulan saya johan bagi pertandingan futsal yang terdiri dari saya sendiri, pok loh, tg.paih, lea mei, abe, shah dan en.yusof.... walaupon letih + penat, berbaloi la dengan kemenangan tu dan kegembiraan...


Diharap akan berjumpa lagi pada hujung tahun ni....


Ini dia gambar pemenang...hehe
Ahli pasukan harimau malaya