Pages

Tuesday 8 November 2011

Tanah runtuh di COLOMBIA

MANIZALES, Colombia: Angka korban tanah runtuh di barat Colombia, di sini, hari ini meningkat kepada 35. 

Sementara itu, anggota penyelamat masih bergelut mencari mangsa yang masih hilang di pergunungan yang dilanda hujan lebat itu.

Sabtu lalu, tanah runtuh berlaku di bandar Manizales kira-kira 287 kilometer barat Bogota, menghanyutkan kawasan kejiranan Cervantes dan memusnahkan 14 kediaman.
Pengarah Palang Merah di bandar itu, Juan Manuel Osorio, berkata angka korban meningkat dari 29 hingga 35 dan kemungkinan akan bertambah dari semasa ke semasa. 




No comments: