Jadi kena tunggulah dapat surat dari posmen nanti. Dalam surat itu juga akan diberitahu tempat dan masa untuk ambil baucer tunai RM500 yang memang diberi kepada pemohon yang layak. Isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000 layak memohon sebelum ini.
Selain itu, pemohon boleh menghubungi talian 1-800-222-500 / mulai 16 Januari dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang hari bekerja untuk mendapat keputusan permohonan. Untuk pengambilan baucer pula akan diberi melalui bank2 seperti BSN, Maybank dan CIMB.
Jangan lupa untuk menunaikan baucer RM500 tu terus kerana tempoh sah laku baucer tersebut adalah sehingga 15 April 2012 sahaja. Lepas tu dah tak boleh dah........
No comments:
Post a Comment