Pages

Saturday 10 December 2011

Borang Pendaftaran Bantuan Tunai RM500

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN 
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT  

1. Pada pembentangan Bajet 2012  baru-baru ini, Kerajaan telah 
mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, 
sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan 
RM3,000 dan ke bawah. Bantuan  ini adalah tanda keprihatinan 
Kerajaan dalam usaha untuk membantu  meringankan kenaikan kos 
sara hidup rakyat. 

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau 
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau  
ketua keluarga. Ini merangkumi individu: 

 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama 
ibu bapa; 
 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; 
 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai 
tanggungan; dan 
 Warga emas sebatang kara 


3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk 
memohon. 

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai 
RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk 
tempoh satu bulan.  Borang-borang pendaftaran boleh didapati 
secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan 
Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil 
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.  

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan 
hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan 
Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta 
pejabat-pejabat cawangan LHDNM. 

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan  dibuat kepada ketua isi rumah 
yang layak mulai pertengahan Januari 2012.  

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta 
isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara 
ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 
bilion.


8. Borang Pendaftaran boleh didapati di laman web http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf


No comments: